Form 5:Bab1 (Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara)

Bab1: Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

Pengenalan
1) Imperialisme : penjajahan ke atas negara lain
2) Negara yang berjaya menjajah asia tenggara ialah portugal, sepanyol, belanda, britain, Perancis dan amerika syarikat

Faktor-faktor imperialisme barat:
1) Kedudukan geografi asia tenggara y strategik, terletak antara india dan china. Mudahkan penguasaan pasaran y luas.  Barangan eropah dipasarkan ke china dan india
2) Revolusi perindustrian di Eropah perlukan bahan mentah dan kawasan pasaran baharu
3) Kekayaan sumber alam dan bahan mentah.  Asia Tenggara mempunya sumber alam dan bahan mentah yang subur
4) Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan iaitu kapal wap berjaya cepat dan pendek perjalanan. Terusan suez 1869 pendekkan perjalanan dari timur n barat. Perciptaan telegraf mudahkan hubungan barat dengan timur.
5) Persaingan kuasa imperialisme.  Barat bersaing kuasi tanah jajahan untuk tunjuk kekuatan negara barat. Slogan beban orang putih dan slogan perancis menyebarkan tamadun. Mubaligh kristian bertanggungjaeab sebarkan agama kristian.
6) Kemajuan sains dan teknologi.  Memberikan keyakinan kepada kuasa barat untuk menjajah timur.

Ciri-ciri umum sistem birokrasi barat:
1) Penubuhan kerajaan pusat
2) Pelantikan Gabenor Janeral
3) Pelaksanaan pentadbiran melalui biro
4) Pelantikan pegawai barat
5) Pelaksanaan undang-undang barat

Perubahan sistem politik di filipina
1) Di jajah sepanyol
2) Perubahan yang di bawa sepanyol ialah pengenalan sistem pentadbiran berpusat. Antara jawatan gabenor jeneral, ketua datuk bandar,  dan gabenor kecil. Selain itu,  penubuhan encomiendero iaitu bertanggungjawab mengkristiankan penduduk, kutip cukai dan menjamin keamanan.  Sistem ini dibenci oleh penduduk filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga.

Kesan penjajahan Sepanyol terhadap filipina:
1) Pemerintahan tradisional mengalami kemerosotan
2) Pengaruh golongan datu semakin berkurangan dan terhapus
3) penindasan terhadap rakyat

Perubahan sistem politik di indonesia
1) Dijajah oleh belanda
2) Perubahan yang dibawa oleh belanda ialah pentadbiran pusat diketuai gabenor jeneral dan pentadbiran tempatan diterajui oleh pembesar tempatan diawasi pegawai belanda.
3) Dalam sistem politik pula tubuhkan jabatan kerajaan spt jabatan pelajaran dan Pertanian.  Tubuh dewan tempatan yang peranan yang nasihat belanda tapi tiada kuasa perundangan. Tubuh volksraad bertindak sebagai majlis rakyat.  Penubuhan ini atas desakan sarekat islam landasan ke arah kemerdekaan negara.

Perubahan sistem politik di Burma
1) Dijajah oleh british
2) Sebelum british,  burma telah di jajah oleh dinasti konbaung
3) Perubahan sistem politik  dilakukan oleh british Pelantikan pesuruhjaya tinggi british sebagai pemerintah tertinggi.  Perkenalan sistem undang2 barat. Memperkenalkan akta kampung ulu burma 1887 dan akta perkampungan burma 1889. Melantik Myo-ok menerajui pentadbiran daerah. Tubuh majlis perundangan. Tubuhkan beberapa jabatan pelajaran dan jabatan perhutanan.

Kesan perubahan:
1) Berakhir ny peranan raja sbg penaung sami buddha dan terhapus ny sistem pentadbiran tradisional.

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak

Sejarah pendidikan awal kanak kanak

Air Rebusan (stok), sup,sos dan kuah