Pengenalan kepada perkhidmatan awal kanak-kanak
PENGENALAN
Pembangunan
seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak. Mengikut
Kamus Dewan Edisi Empat, kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan
yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8
tahun). Kanak-kanak juga didefinisikan sebagai seorang individu yang mula
mendapatkan pendidikan pusat jagaan, memulakan zaman sekolah, atau beralih ke
tempat jagaan kanak-kanak dari dua hingga empat tahun (Margeret M. C. &
Waller T., 2007). Sanders et al. (2005) menyatakan bahawa
kanak-kanak beralih dari tahun Reception (4 hingga 5 tahun) ke darjah
satu (5 hingga 6 tahun) memerlukan lebih perhatian terhadap keperluan
mereka. Oleh itu, pendidikan adalah awal amat penting dan harus
bermula sejak kecil lagi.
Pendidikan awal kanak-kanak termasuk proram-program
untuk bayi, kanak-kanak yang baru bertatih, dan program-program prasekolah yang
termasuk sekolah asuhan kanak-kanak dan peringkat sekolah rendah (Azizah Lebai
Nordin, 2004). Pendidikan di peringkat kanak-kanak juga merangkumi segala
pengalaman dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, rumah atau luar
rumah. Pendidikan awal kanak-kanak ialah asas kepada pembinaan kekukuhan
sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan hala tuju negara.
Definisi
Awal Kanak-Kanak:
ü
Menurut National Association for the Education of Young Children
(NAEYC) :
- Pendidikan awal kanak-kanak diberi seawal usia lahir hingga berumur 8 tahun
- Pendidikan awal kanak-kanak diberi seawal usia lahir hingga berumur 8 tahun
ü
Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat menyatakan :
- Pendidikan awal kanak-kanak diberi kepada kanak-kanak yang dibawah umur 18 tahun
- Pendidikan awal kanak-kanak diberi kepada kanak-kanak yang dibawah umur 18 tahun
ü
Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) :
- Program pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dinamakan Tadika.
- Program pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dinamakan Tadika.
ü
Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308)
- Program pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
- Program pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN
AWAL KANAK-KANAK
DI RUMAH
1)
IBU GANTI ialah orang lain yang
dibenarkan menjaga kanak-kanak atas persetujuan ibu bapa dalam masa atau waktu
tertentu yang telah ditetapkan. Tanggungjawab ibu ganti ialah menjaga anak yang
diserahkan itu seperti anak sendiri.
2)
JAGAAN HARIAN DI RUMAH ialah konsep
jagaan harian berlaku di rumah sendiri atau menghantar kanak-kanak ke rumah
orang lain secara harian. Kanak-kanak akan dijaga oleh suri rumah dan dibayar
upah. Penjagaan dirumah mengikut kadar jam.
3)
PEMBANTU RUMAH ialah orang yang dibayar
upah untuk menjaga kanak-kanak yang tinggal serumah. pembantu rumah biasanya
disediakan oleh agensi berdaftar. Jangkaan waktu perkhidmatan pembantu rumah
disediakan berdasarkan kontrak yang disetujui.
4)
SUMBANGAN DARIPADA AHLI KELUARGA ialah ahli
keluarga yang biasanya menjaga anak-anak ialah ibu bapa, adik beradik atau
saudara mara. Penjagaan ini lebih kepada hubungan kekeluargaan dan dijaga
sementara waktu sahaja.
DI INSTITUSI
Terdapat
perbezaan TASKA DAN TADIKA antaranya:
1)Taska
ialah kata singkat untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak.
ü Menjaga kanak-kanak sejak bayi hingga 4 tahun apabila ibu
bapa bekerja.
ü Mungkin menyediakan aktiviti atau program yang sesuai untuk kanak-kanak
disamping penjagaan biasa.
ü Taska di rumah: kurang dari 10 kanak-kanak. Taska di pusat: 10 atau lebih kanak-kanak.
ü Perkhidmatan yang disediakan ialah penjagaan sepanjang hari,
penjagaan separuh hari dan penjagaan mengikut kadar jam.
ü Aktiviti perkhidmatan harian di TASKA meliputi aktiviti pagi, rehat,
tidur dan aktiviti petang
ü Jadual menu sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang
ü Makanan yang disediakan ialah makanan yang seimbang dan berkhasiat
untuk tumbesaran kanak-kanak
ü Semua penjaga kanak-kanak wajib menjalankan kursus 10
hari (Kursus Asuhan Kanak-Kanak Asas, KAAK) yang ditentukan oleh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
ü Setiap pusat penjagaan kanak-kanak di Malaysia mesti
didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), di bawah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MWFCD).
ü MWFCD bertanggungjawab ke atas kelulusan dan penubuhan pusat jagaan
kanak-kanak di Malaysia.
ü JKM pula berfungsi sebagai pengawal dan penyelaras
utama program penjagaan kanak-kanak dan
pendidikan awal (ECCE ).
ü Walaubagaimanapun, tiada garis panduan kurikulum khusus untuk mereka
yang menyediakan perkhimatan ini.
2) Tadika adalah kata singkat untuk taman didikan kanak-kanak
ü Ia
juga dikenali sebagai kindergarten atau preschool dalam
Bahasa Inggeris.
ü Kanak-kanak
yang diterima berumur antara 4 hingga 6 tahun.
ü Menyediakan aktiviti
pembelajaran akademik yang berasaskan mata pelajaran.
ü Kanak-kanak
juga boleh belajar untuk berkomunikasi, bersosial dan
pelbagai aktiviti yang positif.
ü Tiada
sekatan jenis bahasa yang digunakan; Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil.
ü Bahasa
kebangsaan mesti diajar sebagai subjek.
ü Dijalankan
di pusat: 10 atau lebih kanak-kanak.
ü Semua
guru yang mengajar di prasekolah dilatih dan disahkan dengan
sekurang-kurangnya diploma dalam bidang Perguruan. Kebanyakan mereka mempunyai
ijazah atau sarjana dalam pendidikan awal kanak-kanak.
ü Tadika, kindergarten dan preschool adalah di
bawah jagaan 3 kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; dan Jabatan Perpaduan
Negara.
ü Pada tahun 2003, KPM
telahpun menetapkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaanyang perlu
diikut oleh semua sekolah prasekolah.
ü Kurikulum ini
bertujuan untuk membangunkan kemahiran sosial, intelek, fizikal,
rohani dan nilai estetik kanak-kanak.
ü Program tambahan
yang ditawarkan oleh prasekolah mesti
diluluskan oleh KPM terlebih dahulu.
3) Pusat jagaan kanak-kanak
Ø Menyediakan
perkhidmatan jagaan untuk beberapa kategori seperti anak yatim, kanak-kanak
istimewa dan kanak-kanak terbiar atau terabai.
Ø Ditempatkan di
sebuah premis dibawah seliaan kerajaan
Ø Terdapat juga pihak
swasta dan sukarela yang menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak
Ø Mesti mematuhi AKTA JAGAAN 1993 (AKTA 506)
Ø Contoh RUMAH KANAK_KANAK TENGKU BUDRIAH, CHERAS,
SELANGOR
PERKHIDMATAN JAGAAN
SEMENTARA
1) Di pusat beli-belah
kanak-kanak di tempatkan di situ sementara menanti penjaga membeli
barang keperluan
ü Pusat perkhidmatan
itu telah menyediakan kakitangan terlatih untuk magawasi dan menjalankan
aktiviti dirancang mengikut umur kanak-kanak
ü Dibayar mengikut
kadar jam
2) Penjagaan selepas sekolah
kanak-kanak ditempatkan di pusat berkenaan selepas pulang
dari tadika atau sekolah
rendah.
ü Pelbagai program
telah dirancang untuk kanak-kanak
ü Makanan disediakan
ü Kadar bayaran
mengikut program yang dirancang
Comments
Post a Comment