Posts

Showing posts from September, 2019

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak

PENGENALAN: Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada: 1. Imam Al-Ghazali 2. Ibnu Khaldun 3. Johann Heinrich Pestalozzi 4. Friedrich Froebel 5. Maria Montessori 6. John Dewey 7. Martin Luther 8 John Amos Comenius 9. Jean Piaget 10. Vygotsky IMAM Al-GHAZALI - Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. - Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. - Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. - Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. - Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin. Pandangan dan idea-idea  beliau: 1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu; a. Sejak lahir hingga 4 tahun b. 5 tahun hingga 7 tahun 2. Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, s...

Sejarah pendidikan awal kanak kanak

SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikanawal.Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahu...

Pengenalan kepada perkhidmatan awal kanak-kanak

PENGENALAN Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.  Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun).  Kanak-kanak juga didefinisikan sebagai seorang individu yang mula mendapatkan pendidikan pusat jagaan, memulakan zaman sekolah, atau beralih ke tempat jagaan kanak-kanak dari dua hingga empat tahun (Margeret M. C. & Waller T., 2007).  Sanders et al. (2005) menyatakan bahawa kanak-kanak beralih dari tahun Reception (4 hingga 5 tahun) ke darjah satu (5 hingga 6 tahun) memerlukan lebih perhatian terhadap keperluan mereka.  Oleh itu, pendidikan  adalah awal amat penting dan harus bermula sejak kecil lagi. Pendidikan awal kanak-kanak termasuk proram-program untuk bayi, kanak-kanak yang baru bertatih, dan program-program prasekolah yang termasuk sekolah asuhan kanak-kanak dan peringkat sekola...