Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak
PENGENALAN: Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada: 1. Imam Al-Ghazali 2. Ibnu Khaldun 3. Johann Heinrich Pestalozzi 4. Friedrich Froebel 5. Maria Montessori 6. John Dewey 7. Martin Luther 8 John Amos Comenius 9. Jean Piaget 10. Vygotsky IMAM Al-GHAZALI - Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. - Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. - Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. - Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. - Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin. Pandangan dan idea-idea beliau: 1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu; a. Sejak lahir hingga 4 tahun b. 5 tahun hingga 7 tahun 2. Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, s...